Rolls-Royce,pengeluar kereta super mewah dari United Kingdom (UK),telah membuka bilik pamerannya yang pertama di Malaysia semalam,iaitu salah satu daripada hanya 81 bilik pameran Rolls-Royce di seluruh dunia.Terletak di Jalan Semangat,Petaling Jaya,bilik pameran itu merupakan bahagian kepada bangunan Quill 9 dan dimiliki oleh Quill Motorcars.Bilik pameran BMW juga terletak di bangunan yang sama.
Bilik pameran tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Dato' Donald Lim,serta riben perasmian dipotong oleh Donald Lim,Pengarah Rolls-Royce Asia Pasifik,Paul Harris dan Pengarah Eksekutif Quill Motorcars,Dato' Michael Ong.
Bilik pameran berkeluasan 224 meter persegi itu menempatkan tiga model kereta Rolls Royce,dan sebuah lounge yang membolehkan pelanggan memilih sampel warna,kemasan kayu dan kulit untuk kereta Rolls Royce masing-masing.
Ia juga dilengkapi dengan bengkel berteknologi tinggi untuk perkhidmatan kereta Rolls-Royce.
Rolls-Royce yang merupakan kereta yang dihasilkan tanpa mesin-dipasang dengan tangan bermula dengan harga RM3.3 juta,dengan model yang ditawarkan-Phantom (Standard,Extended,Coupe,Drophead Coupe),dan Ghost.Quill Motorcars menyasarkan dapat menjual maksimum 10 buah pada tahun ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan