Tolong Click Ye... :)

Isnin, 23 Mei 2011

Program Biodiesel B5 bermula di Putrajaya






Program biodiesel B5 di negara ini akan bermula pada Jun ini di Putrajaya,kata Menteri Perindustrian Perladangan Dan Komoditi,Tan Sri Bernard Dompok.

Mengikut perancangan,seperti diumumkan tahun lalu,biodiesel B5,yang merupakan campuran 95% dari diesel
biasa,dan 5% biodiesel minyak kelapa sawit.Beliau memberitahu pemberita Jumaat lalu,program ini akan dimulakan di Putrajaya,sebelum produk biodiesel ini dipasarkan di stesen minyak seluruh negara.

Beliau menambah,mekanisma harga bagi produk biodiesel B5 akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.'Harganya tidak akan membebankan pengguna dan Kerajaan akan memastikan ia mampu digunakan oleh semua orang,'kata Bernard.

Pengenalannya,menyusul setelah subsidi diesel biasa ditarik balik,bermakna semua orang-termasuk kenderaan komersial,harus membayar harga biasa diesel RM1.80 seliter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan