Tolong Click Ye... :)

Ahad, 3 Julai 2011

Plat 'WWW' bakal pecah rekod 'MCA 1'

NOMBOR pendaftaran pada kenderaan dibida paling tinggi.

Rekod bidaan tertinggi RM300,100 bagi nombor plat 'MCA 1' mungkin akan dipecahkan apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan nombor plat siri 'WWW' pada tahun depan.Ketua Pengarah JPJ,Datuk Solah Mat Hassan berkata,ia adalah akronim popular kepada pengguna internet iaitu 'World Wide
Web'.

'Itu jangkaan saya dan rekod bidaan MCA 1 mungkin akan dipecahkan,kerana WWW sering digunakan orang ramai yang melayari Internet,'katanya.JPJ telah mengutip RM150 juta setahun hasil dari tender dan tempahan nombor plat kenderaan.

Nombor plat 'MCA 1' mencatat sejarah negara apabila ia menjadi nombor plat yang ditender pada harga tertinggi iaitu RM300,100.Ia dimiliki oleh syarikat Asset Nusa Sdn.Bhd dari Johor Bahru yang turut memenangi bidaan ke atas plat 'MCA 2' pada harga RM101,000.Jumlah tersebut mengatasi rekod yang dicatat sebelum ini iaitu nombor TAY 1 yang dibida pada harga RM242,000,TAN 1 (RM200,900) dan JJJ 1 (RM168,000).

Namun nilai itu masih lagi terendah berbanding rekod dunia yang dicatat oleh usahawan Dubai,Saeed Abdul Ghafour Khouri,yang sanggup membelanjakan AS$14 juta (RM42 juta) untuk membeli nombor pendaftaran '1' tiga tahun lalu di negaranya.Fenomena membeli nombor plat pada harga melebihi harga kenderaan sudah menjadi trend zaman sekarang.

Bagaimanapun Solah menambah,pihak JPJ tidak mempunyai kuasa menghalang mana-mana individu atau organisasi yang berminat membeli nombor pendaftaran yang dikeluarkan JPJ.Katanya,JPJ mengamalkan tender nombor plat secara terbuka kepada semua individu dan ia tidak dikhususkan kepada individu atau organisasi tertentu.

'Pembida yang menawarkan harga bidaan tertinggi akan memperoleh nombor pendaftaran yang dibida.Tempahan dan bidaan nombor pendaftaran adalah hasil pendapatan yang tertinggi selepas jumlah kutipan dari Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu,'katanya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan