Tolong Click Ye... :)

Isnin, 4 Julai 2011

Naza Kia dermakan Picanto hadiah pemenang K4GP kepada Adi Haslam Motorsports


Naza Kia telah menyumbangkan sebuah Kia Picanto hadiah pemenang kategori GP-4 pada K4GP Sepang 24 Hours Endurance Race kepada pasukan yang mengelolakannya,Adi Haslam Motorsports (AHM).Pasukan tersebut dipimpin oleh Adi Haslam Abdullah yang berkerusi roda serta bekas pengacara TV3,Ras Adiba Radzi,dimana kereta ini akan digunakan untuk acara sukan bermotor yang akan datang.

Perlumbaan separa tahunan tersebut akan diadakan semula pada Februari,di mana Naza Kia mendermakan Picanto dan melengkapkan 378 lap perlumbaan untuk memenangi kelas GP-4,di mana ia adalah untuk kereta dengan transmisi automatik.Picanto milik AHM mencatat sejarah sebagai pasukan Malaysia dan pemandu kurang upaya pertama yang mengambil bahagian dalam K4GP dan kereta buatan Korea pertama yang memasuki perlumbaan tersebut.

'Kami rasa terpanggil untuk memberikan pasukan ini peluang kepada pasukan dengan pelumba kurang upaya  untuk bersaing dalam acara sukan bermotor ini.Dengan mendermakan Picanto pada AHM,pasukan ini berupaya untuk bersaing pada perlumbaan seterusnya dan merealisasikan impian mereka,'kata Ketua Pegawai Operasi Naza Kia,Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Abdul Bakar.

Adi Haslam berkata,pasukan ini berupaya untuk memasukkan Picanto dalam perlumbaan 4 jam K4GP Disember ini serta dua perlumbaan seterusnya tahun depan.'Kami berterima kasih kepada Naza Kia Malaysia kerana telah mendermakan Picanto dan memberikan kami peluang untuk bersaing dalam lebih banyak perlumbaan.'

'Tidak ramai pemandu kurang upaya dari Malaysia yang berpeluang mengambil bahagian dalam acara sukan bermotor.Penyertaan kami dalam perlumbaan K4GP Sepang pada Februari adalah yang pertama sejak saya mula menceburi bidang perlumbaan kereta 16 tahun lalu dan saya sekali lagi berterima kasih kepada Naza Kia Malaysia kerana pemberian ini dan kami akan menghadiahkan pemberian ini kepada pemandu lain,'kata Adi Haslam lagi.

Untuk perlumbaan seterusnya,AHM merancang untuk mengkhususkannya hanya untuk pelumba kurang upaya.Dalam perlumbaan pada Februari lalu,Adi Haslam dan Ras Adibah adalah hanya pemandu kurang upaya dalam 4 anggota pasukan.Picanto tersebut didatangkan dengan brek dan pedal tangan khusus untuk pemandu kurang upaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan