Tolong Click Ye... :)

Khamis, 30 Jun 2011

Toyota Vios 1.5G Limited dilancar,varian TRD Sportivo dinaiktaraf



UMW Toyota Motor semalam telah melancarkan varian dipertingkatkan Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo dan 1.5G Limited,iaitu varian terbaru bagi model kereta bukan nasional terlaris ini.Kini,Vios telah mempunyai 6 varian iaitu 1.5J manual dan auto,1.5E,1.5G,1.5G Limited dan 1.5 TRD Sportivo.
P1030024b
P1030013b
Varian 1.5G Limited berada betul-betul di antara 1.5G dan TRD Sportivo.Ia menampilkan gril radiator hadapan diperkemaskan yang juga terdapat pada varian Vios yang lain,kecuali varian TRD Sportivo yang didatangkan dengan gril radiator berongga sarang lebah dan logo TRD Sportivo.

Kedua varian baru Vios tersebut mempunyai 'aerokit' yang membezakannya dengan varian terendah-spoiler depan dan belakang,spoiler belakang dan skirting tepi,namun varian G Limited menampilkan reka bentuk baru bagi aerokitnya.

Ia juga mempunyai rim aloi 15-inci dengan tayar 185/60,namun roda aloi 12 jejari G Limited berwarna perak gelap serta TRD Sportivo pula mempunyai rim aloi TRD 7 jejari berwarna gangsa (sebelum ini berwarna perak gelap).Rim aloi bagi G Limited juga terdapat pada G standard,tetapi varian standardnya berwarna perak gelap.

Varian G Limited didatangkan dengan warna badan ungu 'Deep Amethyst Mica Metallic' yang merupakan warna terbaru yang menggantikan warna kelabu Mica metalik.Warna-warna Vios yang lain seperti perak metalik,hitam arang batu,putih dan perak metalik medium juga terdapat.

Kedua-duanya didatangkan dengan kemasan dan tempat duduk kulit.Kabin G Limited berwarna beige terang
yang mengekalkan kemewahannya.Manakala TRD Sportivo pula mempunyai kemasan kulit hitam dengan jaluran merah,untuk memberikan rasa sport.

Pembeli yang mahukan pengendalian terbaik boleh mendapatkan kit suspensi TRD Sportivo sebagai opsyen untuk semua varian,Kit tersebut termasuk spring lingkaran dan penyerap gegaran dan ditala oleh TRD Asia.Ketinggiannya juga dikurangkan sebanyak 10mm.

Harganya pula dengan termasuk insurans,bagi G Limited (RM89,600) RM2,300 lebih dari G.Varian TRD Sportivo pula masih berharga RM92,000,masih tidak berubah walaupun ditambah kerusi kulit.Selain itu,ia juga didatangkan dengan jaminan 3 tahun/100,000km dan lingkungan servis 10,000km.

Selasa, 28 Jun 2011

BMW M5 bersedia 'gegar jalan'

BMW M5

Walaupun belum disahkan secara rasmi,namun model terbaru BMW ini akan mengegarkan jalan raya tidak lama lagi.BMW M5 yang berenjin 4.4 liter V8 555bhp juga telahpun diuji di litar Nurburgring dan ia mencatatkan masa terpantas 7 minit 55 saat.

Sekiranya benar,ia adalah yang terpenting kerana ia teramat pantas dalam prestasinya.Ia adalah sedan empat pintu yang telah 'melanyak' litar Green Hell Nurburgring,dan juga 18 saat lebih pantas dari model sebelum ini,E60.Ia juga lebih pantas daripada Porsche 996 Turbo,Audi RS4,Lambo Gallardo Spyder,Aston Martin DBS,dimana kesemua pesaingnya ini mencatatkan masa yang lebih rendah dari 7 minit 55 saat.

  


Sabtu, 25 Jun 2011

Hyundai Elantra 2011 akan dilancar hujung tahun ini



Hyundai Elantra generasi baru akan dilancarkan di Malaysia hujung tahun ini,dan diramal mungkin pada Oktober.Sedan kelas-C ini telah dipasarkan di Korea tahun lalu,dan ia merupakan Elantra generasi kelima.Jika ia dipasarkan di Malaysia,bermakna ia akan kembali menggunakan nama 'Elantra' setelah model sebelum ini menggunakan nama Avante.

Dua varian enjin mungkin ditawarkan-1.6 liter Gamma (Dual CVVT) dan 1.8 liter Nu.Kedua-duanya ditawarkan dengan transmisi automatik 6 kelajuan dengan mod manual.Model 1.6 menghasilkan tork 130 PS dan 157 Nm manakala 1.8 liter pula 150 PS dan 178 Nm.Enjin GDi diesel mungkin tidak ditawarkan,kerana tidak ramai pengguna Malaysia yang menggunakan kereta berenjin diesel.


Dimensi bagi model ini ialah 4,530mm panjang dan 1,775mm lebar.Bermakna ia 25mm lebih panjang dari model terdahulu,namun kelebarannya masih kekal.Menduduki platform baru,lebar bagi roda tayarnya telah melebar kepada 100mm,sama lebar dengan Honda Civic.

Mungkin,dua varian akan ditawarkan-Standard dan High Spec,sama seperti yang ditawarkan pada model Tucson dan Sonata.Model ini akan ditawarkan dengan gajet-gajet baru,iaitu bumbung suria,butang hidup enjin tanpa kunci dengan mod Start/Stop,dan enam beg udara SRS.

 

Jumaat, 24 Jun 2011

5 pembeli pertama Perodua Myvi terima kunci



Perodua Myvi baru telah menerima 12,000 tempahan sejak ia dilancarkan minggu lalu,dan seminggu selepas pelancarannya,lima orang pembeli pertamanya-Sivarajan Subramaniam,Mullai Arunasalam,Tan Soo Hong,Yusainianir Mohd Yassin dan Kok Zhien Wei telah menerima kunci serta kereta tersebut dalam satu majlis penyerahan kunci Myvi baru di Subang.

'Lima pembeli pertama adalah yang pertama dalam beribu yang menerima kereta baru ini dalam minggu ini dan kami tidak akan terleka dengan sambutan menggalakkan dari orang ramai,'kata Pengarah Urusan Perodua,Dato' Aminar Rashid Salleh.

Perodua juga berusaha untuk memastikan tiada sebarang kelewatan dalam penghantaran supaya pembeli dapat menerima kereta baru secepat mungkin.Sebelum ini,sewaktu pelancaran Myvi generasi pertama pada 2005,pembeli terpaksa menunggu enam hingga sembilan bulan.Pembeli yang telahpun menempah model tersebut akan memperolehinya selewat-lewatnya hujung bulan Julai ini.

Untuk pasaran eksport,Perodua telah bersiap sedia untuk mengeksport 500 buah Myvi baru ini ke Indonesia dengan menggunakan jenama Daihatsu Sirion bulan ini.'Secara puratanya,kami menyasarkan untuk memasarkan 350 buah model ini sebulan ke Indonesia dalam tempoh 12 bulan,'Aminar menambah.Perodua juga akan mengintai peluang untuk memasarkan Myvi baru ke lima daripada tujuh pasaran eksportnya-Sri Lanka,Singapura,Mauritius,Nepal dan Fiji.

Bagi pasaran domestik pula,Perodua menyasarkan dapat mencapai sasaran jualan 195,000 unit kereta sepanjang tahun ini dengan dibantu model baru ini.Mungkin jumlah pengeluaran kereta Perodua yang ke 2,000,000 akan dapat dicapai suku ke-4 tahun ini.

Rabu, 22 Jun 2011

Kia Sportage 2011 dilancar di Malaysia:RM138,888



Naza Kia Malaysia telah melancarkan model generasi ketiga Kia Sportage di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) petang semalam.Berharga RM138,888 termasuk insurans,Sportage mungkin bersedia untuk bersaing dengan pesaingnya yang lain seperti Honda CRV,Hyundai Tucson dan Nissan X-Trail dalam segmen SUV kompak berharga sederhana.

Model terbaru Kia Sportage ini direka oleh Peter Schreyer,bekas jurutera Audi yang telah banyak menampilkan rekabentuk dan gaya Eropah pada kenderaan Kia.Ia juga dikatakan berkongsi platform yang sama dengan Hyundai Tucson.

Model ini lebih lebar,panjang dan rendah berbanding model sebelumnya,menampilkan reka bentuk asas gril radiator Kia,dan roda aloi 18 inci serta tayar jenis 235/55 untuk lebih cengkaman dan keselesaan memandu.Selain itu,Sportage baru ini juga menampilkan ciri tahap tinggi dari segi prestasi,keselesaan dan kemudahan.

Sportage baru ini dikuasakan dengan enjin petrol Theta II 2.0 liter dengan Dual CVVT (Pemasa Enjin Bolehubah Berterusan) serta mempunyai transmisi automatik 6 kelajuan dan menghasilkan tork 166 PS dan 197 Nm.Selain itu,ia juga mempunyai Sistem Pengambilan Bolehubah yang bergerak jauh dengan kurang RPM,dan bergerak dekat dengan RPM yang tinggi untuk melancarkan pengaliran udara.
 
Ia menggunakan sistem pacuan seluruh roda (AWD) yang secara berterusan memantau keadaan pemanduan dan menyalurkan keperluan sistem AWD-pada keadaan pemanduan biasa,sistem AWD ini menyalurkan 100% tork enjin pada roda hadapan bagi melancarkan pengaliran bahan api sekaligus menjimatkan minyak.Namun,apabila gelinciran dikesan,baki tork yang ada akan menyalurkannya pula pada roda belakang.


Ford Fiesta sedan dipertingkatkan,kini dengan Bluetooth,USB dan 7 beg udara



Ford Fiesta 1.6LX sedan kini telah dipertingkatkan serta menampilkan beberapa ciri baru.Model tersebut telah dipertontonkan di Ford Roadshow di Sunway Pyramid,Petaling Jaya baru-baru ini.

Sistem audionya kini dilengkapi dengan sambungan Bluetooth dan USB bagi membolehkan lagu dimainkan dari telefon bimbit,iPod,pendrive dan sebagainya.Selain itu,terdapat juga butang kawalan audio pada steringnya.Ciri keselamatannya juga ditambah,dengan 7 beg udara SRS (pemandu,penumpang,dan sisi) berbanding beg udara untuk pemandu sahaja bagi model sebelumnya.

Maka,harganya juga meningkat dari RM78,888 kepada RM81,388 (meningkat RM2,500) Di samping menampilkan beberapa ciri baru,ia masih mengekalkan ciri lamanya iaitu rim aloi 15 inci,tempat duduk fabrik,roda stering balutan kulit dan lampu kabus sama seperti varian Hatch Sport,makanya ia bukanlah baru tetapi dipertingkatkan.

Selasa, 21 Jun 2011

Nissan Grand Livina wajah baru dengan kit Impul


Kurang dari dua minggu selepas pelancaran wajah baru Nissan Grand Livina,satu lagi varian terbaharunya diperkenalkan-Grand Livina Tuned By Impul.Model tersebut menjadi model terbaru hari ini,apabila ia dilancar di Litar Antarabangsa Sepang,semasa Super GT International Series 2011.

Kakitangan Impul telah menghiasi Grand Livina dengan aerokit reka bentuk baru,dengan gril radiator depan yang dipasang dengan logo baru Impul.Model ini mempunyai sistem suspensi janaan Impul dengan penyerap hentakan yang dipertingkatkan dan spring tayar yang direndahkan sebanyak 25mm.

Selain itu,ada ekzos berkualiti tinggi tahan karat serta corong ekzos yang mempunyai logo Impul.Selain itu,ia juga mempunyai rim aloi Impul Aura SX-10 17-inci,dimana ia 20-30% lebih ringan berbanding aloi biasa Grand Livina.

Untuk mendapatkan model talaan Impul Grand Livina ini,anda perlulah menambah RM10,700 lagi dari varian standardnya.Harga atas jalannya (termasuk insurans,cukai jalan,yuran pendaftaran dan tuntutan pemilik) ialah RM97,500 untuk 1.6 (M) Comfort,RM100,500 untuk 1.6 (A) Comfort serta RM109,500 untuk 1.8 (A) Comfort. 

Jaguar XF dan XJ 3.0 liter varian diesel S di pasaran


Ia meluncur dengan senyap,dan ia bergerak dengan baik.Varian diesel Jaguar XF dan XJ mula dijual di Malaysia,dan varian Diesel S telah memberikan kepuasan terhadap anda dan poket anda.

Kedua model XF dan XJ diesel tersebut dilengkapi dengan enjin turbodiesel AJ-V6D Gen III S 3.0 liter,memberikan kuasa 271hp pada 4,000rpm dan 600Nm pada 2,000rpm,serta bertransmisi automatik 6-kelajuan.

Mengenai prestasi yang dihasilkan model tersebut,ialah 0-100 kph dalam 6.4 saat dan kelajuan tertinggi 250 kph.Berat kedua-dua model tersebut adalah hampir sama,cuma XF lebih berat iaitu 1,820 kg berbanding XJ iaitu 1,813 kg.

Harganya,varian Diesel S XF berharga RM499,888 berbanding varian XF petrol V6 yang berharga RM488,888,manakala varian XJ Premium Luxury LWB Diesel S pula berharga RM699,888 berbanding varian petrol 5.0 liter Premium Luxury V8 yang berharga RM958,888.

Sedikit maklumat mengenai XF-Diesel S bukanlah wajah baru model ini,namun model terbaharu XF dijangka
tiba sedikit masa lagi.Peminat XF sudah tentu tidak sabar menunggu kemunculan model 2.2 liter 187 hp tersebut.  

Isnin, 20 Jun 2011

Nasim kembangkan sayap ke Sabah



Pengedar Peugeot,Nasim Sdn Bhd telah melantik syarikat Angkatan Hebat Motor yang berpangkalan di Kota Kinabalu sebagai pengedar tunggal Peugeot di Sabah.Sebelum ini Peugeot Blue Box telah dirasmikan di Melaka sebagai salah satu program pengembangan operasi ke seluruh Malaysia oleh Nasim.

Angkatan Hebat Motor yang merupakan unit Angkatan Hebat,yang menyediakan khidmat servis kenderaan kepada kerajaan negeri Sabah serta merupakan pengedar kepada jenama kenderaan penumpang dan komersial.

Nasim juga merasmikan bilik pameran Peugeot pertama Sabah di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu,dan pengedar 2S dan penyedia servis lepas jualan di Kolombong,Kota Kinabalu penghujung Julai.

Angkatan Hebat Motor akan menggerakkan roadshow 2 hari di Kota Kinabalu pada hari minggu ini,dan kemudian di Tawau (24-25 Jun),Lahad Datu (28-29 Jun),dan Sandakan (1-2 Julai).Model-model Peugeot yang akan dipamerkan di roadshow tersebut terdiri daripada model 207,308 Turbo,3008 dan yang terbaru coupe RCZ.

Untuk tahun ini,Nasim menyasarkan akan menjual 200 unit di Sabah dan akan menetapkan target pencapaian  2-3% pasaran kenderaan penumpang di negeri itu selama tiga tahun.

Selain cawangan di Melaka dan Kota Kinabalu,Nasim juga merancang untuk membuka beberapa lagi cawangan di Balakong,Seremban,Kota Bahru,Sungai Petani,Kuantan dan Kepong.Sekarang,Nasim mempunyai 26 cawangan di seluruh negara dan akan mewakili setiap pasaran besar di negara ini.

Jumaat, 17 Jun 2011

BHPetrol Infiniti Fever Frenzy II- Guru pemenang kedua Inspira



Terkejut namun gembira.Itulah yang dirasai oleh seorang guru dari Ampang,Kuala Lumpur yang juga pengguna BHPetrol,Joyce Wu Kam Yin,31 tahun apabila beliau diumumkan sebagai pemenang kedua Proton Inspira 2.0 CVT dalam peraduan BHPetrol Infiniti Fever Frenzy II.

Puan Wu adalah pengguna setia BHPetrol Infiniti Advanced 2X 95 dan beliau menyertainya sebaik sahaja peraduan ini bermula.Beliau menghantar lima borang penyertaan untuk menyertainya.

'Saya telah menggunakan BHPetrol Infiniti Advanced 2X 95 sejak tahun lalu.Apabila saya mengetahui tentang pertandingan ini,saya cuba merebut peluang yang ada ini.Bukan hanya saya dapat merasai kehebatan petrol ini,bahkan saya dapat membawa pulang Proton Inspira.Dengan harga minyak yang semakin meningkat,keutamaan saya adalah penjimatan petrol.Petrol Infiniti memberikan saya perjalanan yang selesa dan memberi lebih penjimatan kepada saya dan keluarga.'

'Saya gembira kerana memenangi Inspira baru ini.Sekarang ini,saya memandu kereta Proton Wira.Walau bagaimanapun saya tetap akan menggunakan petrol Infiniti sampai bila-bila.Setelah saya merasai kehebatan petrol Infiniti,saya tidak mungkin akan beralih kepada yang lain,'kata Puan Wu.

Puan Wu bukan sahaja memenangi Proton Inspira, malahan memenangi wang tunai RM1,000.Peraduan yang akan berakhir 31 Julai ini,serta dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM30,anda layak mendapat satu penyertaan dan berpeluang memenangi 2 lagi Inspira 2.0 CVT. 

Perodua Myvi baru dilancar:Dijamin kekal popular



Perodua semalam telah melancarkan Myvi baru generasi kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Majlis pelancarannya disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.Baru sahaja dilancarkan,Perodua telah menerima 10,000 tempahan model tersebut.

Myvi yang mula diperkenalkan pada 2005,menjadi model kereta nasional terlaris di Malaysia.Ia kemudiannya telah dinaik taraf pada Ogos 2008.Pengeluaran Myvi generasi pertama telahpun dihentikan sejak April lalu bagi memberi laluan kepada model baru ini.

Model tersebut didatangkan dengan varian 1.3 liter Standard,Premium dan Elegance dan dijual pada tanda harga RM43,900 hingga RM57,400 serta dengan enam pilihan warna: Mistik Purple (ungu),Medallion Grey (kelabu),Ebony Black (hitam),Glittering Silver (perak),Ivory White (putih),dan Pearl White (putih mutiara).


Kesemua varian didatangkan dengan pilihan transmisi manual 5 kelajuan atau automatik 4 kelajuan.Ia menggunakan 85% komponen tempatan berbanding 80% bagi Myvi sebelum ini.Varian Standard mempunyai radio dan pemain CD dengan sistem audio 4-speaker,Premium juga sama tetapi ia mempunyai sambungan USB dan Bluetooth.Varian Elegance pula menggabungkan semua ciri tersebut serta mempunyai skrin LCD berwarna dengan sistem navigasi dan DVD.

  
Rekaan lekuk yang digunakan pada Myvi baru ini telah meningkatkan ciri aerodinamiknya serta memaksimumkan penjimatan minyak dan mengurangkan lekukan.Myvi baru bertransmisi manual mempunyai jarak perjalanan lebih jauh iaitu 17.5km bagi seliter petrol berbanding Myvi terdahulu 17km seliter manakala Myvi baru bertransmisi automatik mampu bergerak sehingga 14.6km bagi seliter petrol berbanding 13.5km pada Myvi terdahulu.

Rupa hadapan Myvi terbaru adalah jauh lebih segar dan bergaya berbanding model generasi pertama.Beratnya pula ialah 950 hingga 985 kg,bergantung kepada varian yang ada.

 

Myvi terbaru ini merupakan model Perodua pertama yang menggunakan sistem stering kuasa elektrik (EPS),yang mengurangkan tekanan terhadap pam stering kuasa dan hidraulik serta ia juga memberikan tindakbalas yang cepat serta mengurangkan bebanan pada enjin.


Varian Standard menggunakan rim aloi 14-inci dengan penutup,manakala varian Premium dan Elegance pula menggunakan rim sport enam jejari 14-inci.
 

Khamis, 16 Jun 2011

Modenas lancar motosikal elektrik pertamanya-Modenas CTric



Pengeluar motosikal nasional,Modenas hari ini telah mencatatkan sejarahnya tersendiri-ia telah melancarkan motosikal elektrik pertamanya iaitu CTric di Shah Alam semalam.Model itu dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia,Dato' Kong Cho Ha.

CEO Modenas,Abdul Halim Ismail berkata,model CTric telah juga mendapat 100 tempahan luar negara pertama iaitu dari Iran.'Pesanan motosikal itu akan dihantar segera ke Iran hujung bulan ini.Kami menyasarkan dapat menjual sekurang-kurangnya sebanyak 200 unit sebulan,'katanya.

Negara seperti Indonesia,Korea Selatan,Greece,Poland,dan Vietnam turut berminat dengan model baru motosikal tersebut.CTric menggunakan 80% komponen tempatan dan bakinya merupakan komponen dari China.Modenas CTric menjadi motosikal elektrik pertama yang mendapat kelulusan SIRIM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana ia mempunyai nombor chasis.

'Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 tahun lalu menjelaskan bahawa kenderaan elektrik dibenar untuk didaftar dengan JPJ.Sebelum itu kenderaan elektrik tidak dapat didaftarkan JPJ kerana JPJ perlu merekodkan nombor chasis dan enjin.Kenderaan elektrik hanya mempunyai nombor chasis,'kata Kong.

CTric didatangkan dengan dua pilihan warna-hijau dan oren.Ia dijual pada harga RM4,888 (atas jalan dengan insurans dan cukai jalan)

GP Bahrain tiada dalam kalendar F1 2011



Secara rasminya,perlumbaan GP Bahrain telahpun digugurkan dari kalendar Formula 1 (F1) pada tahun 2011.Biasanya,GP Bahrain yang bertempat di Litar Sakhir membuka tirai Formula 1 pada setiap tahun,namun disebabkan krisis politik dan rusuhan di negara tersebut,perlumbaannya terpaksa ditunda.Awal bulan ini,Majlis Sukan Permotoran Dunia (WRSC) mengambil keputusan untuk meniadakan GP Bahrain dari kalendar F1 2011.

Persatuan Formula 1 (FIA) memberikan Bahrain 30 slot perlumbaan dalam GP India,menjadikan perlumbaan GP India sebagai yang terakhir dalam tahun 2011.Ia bagaimanapun dibantah keras oleh pemandu yang kurang senang dengan tindakan FIA itu.Persatuan Pasukan Formula 1 (FOTA) kemudiannya menolak perlumbaan itu seperti disaran oleh supremo F1,Bernie Ecclestone.

Suara-suara sumbang mendesak FIA supaya mempertimbangkan keputusannya,dan GP India akan kembali pada tarikh asalnya 30 Oktober,dan musim perlumbaan F1 2011 akan berakhir di litar Sao Paulo,Brazil 27 November ini.Bahrain akan kembali membuka kalendar F1 pada 2012.   

RON97 turun 10 sen kepada RM2.80 seliter





Buat pertama kali sejak petrol RON97 diapungkan harga pasarannya,harga bagi petrol bermutu tinggi itu telah turun 10 sen dari RM2.90 kepada RM2.80 seliter.Kali terakhir berlaku perubahan harga RON97 adalah pada 5 Mei lalu,dimana ia meningkat sebanyak 20 sen dari RM2.70 seliter sebelumnya.Manakala harga bagi petrol RON95 yang digunakan majoriti rakyat Malaysia masih kekal pada RM1.90 seliter,manakala diesel dan biodiesel B5 baru (hanya di Putrajaya buat masa kini) pula pada RM1.80 seliter. 

Perodua Myvi 2011 D54T akan dilancar malam ini



Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba-malam ini akan diadakan majlis pelancaran bagi Perodua Myvi 2011,akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tempahan bagi model D54T Myvi ini telah dibuka 4 Jun lalu.Generasi kedua Myvi ini telah dipertontonan pada pihak media beberapa minggu lalu,akan menjadi debaran terhangat bagi semua rakyat Malaysia. 

Servis kereta Honda,dan menangi Insight


Honda Malaysia telah mengumumkan mengenai kempen ganjaran pelanggan untuk 2011-kempen tersebut,bertujuan untuk menawarkan kepada pengguna Honda sedia ada dan baru untuk pemeriksaan rutin dan servis selepas jualan,berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Ogos di semua pengedar sah Honda.

Sepanjang tempoh tersebut,pelanggan sedia ada yang menghantar kereta Honda mereka ke pusat servis Honda,adalah layak untuk menyertai cabutan bertuah untuk memenangi lebih 1,600 baucar servis setiap bulan,dan juga 20 unit iPad serta kereta hybrid Honda Insight sebagai hadiah utama.

Ada beberapa terma dan syarat-kereta yang di bawah 40,000km perjalanan yang dihantar untuk servis layak untuk satu penyertaan cabutan bertuah,manakala bagi kereta 40,000km ke atas pula mendapat diskaun 20% upah penyelenggaraan.

Selasa, 14 Jun 2011

Kia Sportage 2011 dilancar di Malaysia minggu depan





Naza Kia hari ini mengumumkan bahawa model generasi terbaru Kia Sportage,dijadualkan akan dilancar pada minggu depan (21 Jun) di Malaysia.Kia Sportage ini adalah generasi ketiga yang pertama kali dipertontonkan pada Pameran Auto Geneva tahun lalu,serta Naza Kia berharap ia dapat menarik minat pembeli SUV di Malaysia.

Sportage terbaru ini didatangkan dengan enjin Hyundai-Kia Theta enjin petrol 2.0 liter dengan CVVT,yang menghasilkan tork 166PS dan 197Nm.Transmisinya ialah automatik 6-kelajuan dengan mod manual berbanding pesaingnya Honda CRV yang hanya menghasilkan tork 150PS/190Nm dengan 5 kelajuan auto.

Beberapa peralatan canggih turut terdapat pada Sportage baru ini,iaitu lampu hadapan LED,bumbung panoramik yang besar,kamera pandang belakang undur,penyaman udara automatik dwi zon,Bluetooth,AUX,iPod dan sambungan USB serta piawaian keselamatan Euro NCAP 5-bintang.Anggaran harga pasaran bagi Sportage baru ini ialah RM140,000 dan harga sebenarnya akan diumumkan pada pelancarannya nanti.




KTM X-Bow kini di Malaysia-Clubsport dan Street



Model KTM X-Bow,yang diperiksa di JPJ Putrajaya bulan lepas,telah melakukan kemunculannya yang pertama di negara ini-pengedar KTM di Malaysia iaitu MotoNation baru-baru ini telah mempertontonkan kereta sport langit terbuka 2 tempat duduk itu di Karnival AutoCity Juru,Pulau Pinang.

Model X-Bow (Crossbow) akan didatangkan di Malaysia dalam dua varian-Clubsport dan Street,serta anda juga dapat menghiasi model KTM yang anda beli sama seperti di gambar atas.

Enjin Audi 2.0 TFSi yang digunakan model ini menghasilkan tork 240hp pada 5,500 rpm,dan 310Nm dari 2,000 hinggan 5,500 rpm,serta bertransmisi manual 6 kelajuan,dan kedua varian adalah fiber karbon,dengan kotak gegaran,serta corong udara aluminium yang membolehkan pemanduan ala perlumbaan yang selesa.

Juga terdapat pada kedua varian,sistem suspensi sport,penstabil depan/belakang boleh laras,pedal individu boleh laras,dan roda stering pelbagai fungsi boleh laras.

Varian Street mempunyai sistem penghidup enjin tanpa kunci,rim sport bercat,dan sistem keselamatan 4-bintang,manakala Clubsport pula mempunyai pakej PowerParts yang mengandungi perlindungan dari terjatuh dari sisi kereta (kerana model ini tidak berpintu sisi dan bertingkap),bar keluli,kusyen kerusi ala Racing,cangkuk penunda,dan suis berhenti kecemasan,alat pemadam api dan sistem keselamatan 6-bintang.

Model ini sebenarnya masih belum dilancar secara rasmi,namun KTM Malaysia telah membuka tempahan bagi model terbaru itu.

Isnin, 13 Jun 2011

Wajah baru Grand Livina dilancar di Malaysia



Nissan Grand Livina berwajah baru merupakan kejayaan terbesar Edaran Tan Chong Motor (ETCM).Sejak model Grand Livina dilancar di Malaysia pada Disember 2007,MPV 3-baris tempat duduk itu telah berjaya dijual sebanyak 43,300 buah.Ia sebagai petanda bahawa ia berjaya mengatasi Toyota Avanza sebagai MPV paling mampu milik.Grand Livina baru ini nampak seperti tiada perubahan daripada yang terdahulu,cuma jeriji radiator depan sahaja yang berubah.

Grand Livina terbaru ini juga didatangkan dengan jeriji hadapan yang baru.Bagi varian 1.6,jerijinya berwarna kelabu manakala 1.8 pula berwarna krom.Selain itu lampu penunjuk arah LED pada cermin sisinya juga terdapat dalam Grand Livina terbaru ini.


Gambar di atas merupakan papan pemuka hadapan Grand Livina terbaru yang menggunakan kemasan dalam gelap berbanding papan pemuka Grand Livina terdahulu (gambar bawah) yang menggunakan warna cerah beige.

Varian tertinggi 1.8 mempunyai input AUX,serta kemasan kayu dan kemasan perak bagi 1.6,dan jika anda mahukan kemasan kulit coklat seperti dalam gambar di atas,anda perlu menambah lagi RM2,000 untuk semua varian.Varian 1.6 mempunyai tempat duduk fabrik hitam,manakala 1.8 pula tempat duduk kulit warna hitam.

Tiada yang berubah dari segi prestasi.Grand Livina diperkasakan dengan HR16DE 1.6 liter (105PS pada 5,200 rpm,150 Nm pada 4,400 rpm) dan 1.8 liter MR18DE dengan CVTC (126 PS pada 5,200 rpm,174Nm pada 4,800 rpm) Ia bertransmisi auto 4-kelajuan,serta terdapat pilihan manual 5-kelajuan bagi varian 1.6 liter.Harga runcit bagi Grand Livina terbaru ini (termasuk insurans) ialah RM86,800 bagi 1.6 manual,RM89,800 bagi 1.6 auto dan RM98,800 bagi 1.8 auto.

Khamis, 9 Jun 2011

Peugeot 'Blue Box' Melaka dirasmikan,7 lagi pusat 3S Peugeot akan dibuka



Nasim Sdn.Bhd.,pengedar Peugeot di Malaysia,telah merasmikan cawangan bilik pameran 'Blue Box' terbarunya di Melaka.Cawangan terbaru ini dimiliki dan diuruskan oleh Sing Kwung Premium Sdn.Bhd dan terletak di Kawasan Perindustrian Malim Jaya.

Selain perkhidmatan asas seperti penukaran minyak,penukaran dan keseimbangan tayar,perkhidmatan lain seperti pemeriksaan kenderaan,penggantian cermin kereta serta baik pulih dan mengecat kereta juga disediakan.Sama seperti Blue Box yang lain,ia juga dilengkapi dengan alatan Sistem Diagnostik Peugeot serta 3 ruangan servis kereta yang boleh mengendalikan 10 kenderaan sehari.

Nasim sebenarnya mempunyai satu lagi rancangan 'mega' iaitu mahu membuka 7 lagi Blue Box terbaru tahun ini.Lokasi yang sedang dirancang ialah di Kota Kinabalu,Kota Bahru,Balakong,Sungai Petani,Kuantan,Kepong dan Seremban.Buat masa kini,terdapat 26 cawangan Blue Box di seluruh Malaysia.

Dato' Samson Anand George,Ketua Pegawai Operasi Nasim,berkata Nasim akan memindahkan Blue Boxnya di Glenmarie,ke cawangan yang lebih besar,juga di Glenmarie.Ia merupakan salah satu pendekatan Nasim untuk meningkatkan jualan Peugeot.

Nasim menyasarkan mahu menjual lebih 7,000 buah Peugeot tahun ini.Dalam lima bulan pertama (Jan-Mei),Nasim telah berjaya menjual sebanyak 2,615 unit Peugeot,meningkat mendadak sehingga 152% berbanding dalam tempoh lima bulan pertama tahun lepas. 

Selasa, 7 Jun 2011

Pikap baru Chevrolet Colorado dipertonton di 1 Utama



Jika anda benar-benar ingin melihat sendiri reka bentuk trak pikap Chevrolet Colorado yang akan dilancarkan di Malaysia Disember ini,datanglah ke 1 Utama di Petaling Jaya sehingga Ahad ini bagi penduduk sekitar Lembah Klang.Ia dipertontonkan di roadshow 'Chevrolet Transformers 3' yang diadakan di sayap Oval di 1 Utama.


Colorado yang dibina secara pemasangan manual menggunakan tangan,menjadi model trak pikap terbaharu pada Pameran Motor Bangkok Mac lalu.Pikap Colorado varian Extended yang menggunakan roda 20 inci,dipamerkan bersama model 'Bumble Bee' Camaro SS yang dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) Oktober tahun lalu.

Khamis, 2 Jun 2011

Pengeluaran Honda Malaysia akan pulih pada Ogos


Honda Malaysia semalam telah mengumumkan bahawa pengeluaran di kilangnya di Alor Gajah,Melaka kembali beroperasi pada dua shif pada Ogos ini.Bukan itu sahaja,kilang di Melaka juga mencuba untuk meningkat pengeluaran dengan menambah waktu operasi pada Sabtu dan Ahad untuk memulihkan keputusan
bekalan komponen dari Jepun dari April hingga Julai.

'Honda di Jepun telah bekerja keras dengan pembekal kami sejak bencana pada Mac untuk memulihkan pembekalan komponen dari Jepun.Sekarang kami kini mampu untuk meneruskan lagi pengeluaran lebih awal dari jangkaan sebelum ini,'kata Pengarah Urusan Honda Malaysia Yoichiro Ueno.

Tambah Ueno,Honda Malaysia juga akan meneruskan semula proses tempahan bagi model hibridnya-Insight bermula semalam selepas penggantungan tempahan sejak April lalu.Model Insight,yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun,dijual pada tanda harga RM99,800 dan dilancarkan pada Pameran Motor Antarabangsa KL (KLIMS) 2010.Pada suku pertama 2011,Honda telah berjaya menjual 1,830 Insight.   

BMW 528i M Sport dilancar-RM449,800



BMW Group Malaysia telah melancarkan model terbarunya,528i M Sport semalam.Varian terbaru 5-series itu menampilkan gaya M Sport yang lebih agresif di luar dan didatangkan dengan sistem BMW ConnectedDrive,yang termasuk akses Internet,sistem 'audio streaming' dengan Bluetooth dan fungsi pejabat dan lain-lain kegunaan.

Model ini juga turut menampilkan pakej kit badan M Sport dengan trim M Aerodynamic yang mengandungi bumper depan M dengan pengambilan udara yang besar,bumper belakang M dengan kemasukan antrasit dan
skirt sisi.Bingkai tingkapnya tidak lagi dalam bentuk krom,tetapi dalam kemasan BMW Individual High Gloss Shadow Line.Ekzosnya pula dalam warna krom gelap serta menggunakan rim aloi M 18-inci.

 

Di dalam,sedan sport ini menawarkan kerusi hadapan sports,pengepala BMW Individual,kemasan dalaman Aluminium Hexagon,stering kulit M,dan kemasan pintu M.Ia dikuasakan oleh enjin N52B30 3.0 liter enam injap dengan tork 258 hp dan 310 Nm yang menghasilkan 0-100 km/h dalam 6.7 saat dan kelajuan tertingginya ialah 250 km/h.

Harga pasaran bagi model ini yang dipasang tempatan di Kulim,Kedah ini ialah RM449,800 di atas jalan tanpa insurans (dengan BMW Servis Inclusive+Pembaikian).Harganya sama dengan model standard 528i yang dilancar pada November 2010,jadi anda akan mendapat lebih dengan harga yang sama.

Model ini seakan menerima baton daripada model popular E60 525i M Sport,namun untuk lebih gaya,mereka perlulah membayar lebih untuk model premium pada harga berpatutan,iaitu 520d yang berharga RM333,800.

Rabu, 1 Jun 2011

Model turbo Ecoboost Ford Mondeo dan S-Max MPV akan tiba ke Malaysia





Ford telah mengumumkan bahawa model enjin Ecoboost akan menjadi model terbaru di Malaysia pada pertengahan 2011.Pelancaran model ini akan dilakukan pada Jun,bermakna sudah semakin hampir!Dua model baru Ford tersebut yang dikuasakan dengan enjin Ecoboost generasi baru itu ialah Mondeo berwajah baru dan MPV S-Max dimana ia akan didatangkan dengan variasi Titanium.

Sama seperti enjin petrol moden yang terdapat pada model Continental seperti Volkswagen dan Peugeot,enjin Ecoboost Ford menggabungkan sistem turbocharged tunggal dengan suntikan bahan api terus untuk kuasa yang lebih baik,tork dan penjimatan bahan bakar yang efisien.Ia juga mempunyai Ti-VCT (Pemasa Camshaft bolehubah berkembar).Dibandingkan dengan enjin bukan Ecoboost,penjimatan bahan bakarnya terbukti sehingga 20%,manakala kepulan asap yang dikeluarkan pula sebanyak 15% sahaja.



Model baru S-Max dan Mondeo mempunyai enjin unit 4 silinder 2.0 liter.Ia menghasilkan tork 203PS dan 300Nm,seperti di pasaran Singapura.Dipadankan dengan transmisi automatik Powershift enam kelajuan,dimana kotak gear dwi klacnya juga terdapat pada model Focus TDCi.

Dilancarkan pada lewat tahun 2009,Mondeo adalah sebuah sedan segmen-D iaitu sedan bersaiz penuh seperti Toyota Camry,Honda Accord dan Nissan Teana.Model Mondeo diperbaharui mempunyai gril radiator hadapan berwajah baru serta lebih banyak ciri-ciri terbaru.

Model S-Max pula ialah MPV yang kelihatan sporty serta mempunyai tiga baris tempat duduk (tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat dan diletak di lantai) yang bersaiz seperti Mitsubishi Grandis.Dilancar pada 2006,ia menjadi model Ford pertama menggunakan reka benuk Kinetic.Ia telah diperbaharui tahun lalu.

Wak juga boleh memandu kedua-dua varian Mondeo-2.3 liter Duratec dan 2.0 liter Ecoboost.Untuk mengetahui lebih lanjut,layari laman web Ford Ecoboost di www.ecoboost.com.my.